RSS

SUDUT BACAAN

Sayur-sayuran
Masyarakat kini semakin sedar tentang kepentingan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam menu makanan mereka. Pelbagai promosi telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk menggalakkan masyarakat makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kita disarankan mengambil dua hingga tiga sajian sayur-sayuran dan ulam setiap hari. Sayur-sayuran membekalkan kita dengan vitamin dan zat galian.
      Terdapat pelbagai jenis sayur, antaranya sayur-sayuran jenis pucuk. Daun ubi dan pucuk paku tergolong dalam sayur-sayuran jenis pucuk. Jika kita hendak memilih sayur-sayuran jenis ini, kita perlu memastikan sayur ini segar dan berwarna cerah.
      Selain itu, sayur-sayuran jenis akar pula adalah seperti kangkung, bayam, daun bawang dan sebagainya perlu dipilih dengan teliti. Hal ini kerana sayur-sayuran jenis ini mudah menjadi layu. Sayur-sayuran jenis akar yang masih segar akan terasa keras apabila ditekan. Sayur-sayuran ini mengandungi banyak air.
      Seterusnya ialah sayur-sayuran jenis kekacang, bunga, dan buah. Sayur-sayuran jenis kekacang seperti kacang panjang dan bendi dipilih dengan melihat warnanya yang cerah dan rangup apabila dipatahkan. Manakala sayur-sayuran jenis bunga dan buah pula perlu cantik bentuknya dan tidak berkedut pada kulitnya.
      Setiap jenis sayur mempunyai khasiat kepada kita. Jadi tidaklah rugi bagi kita untuk menambahkan menu harian kita dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.

0 comments:

Post a Comment