RSS

SUDUT BACAAN

Susu dan Panduan kepada Pengguna
Terdapat pelbagai jenis susu yang dijual di pasaran. Antaranya  termasuklah susu segar, susu tepung dan susu pekat. Susu segar ialah susu lembu yang telah diproses bagi memastikan susu tahan lebih lama. Biasanya susu segar dibungkus di dalam botol atau di dalam kotak.
      Susu tepung pula ialah susu cair yang dikeringkan sehingga berbentuk seperti tepung. Susu tepung  dirumus mengikut peringkat  usia dan untuk  tujuan tertentu. Oleh itu, lihat dan bacalah label pada tin atau peket susu sebelum membelinya.
      Susu pekat pula ialah susu yang disejatkan dan ditambah dengan kadar gula yang tinggi. Susu pekat biasanya dicampurkan dengan minuman lain seperti teh atau kopi untuk menyedapkan rasa minuman itu lagi.
      Kita digalakkan minum susu tepung atau susu segar dua gelas sehari. Hal ini demikian kerana susu tepung atau susu segar mengandungi zat-zat pemakanan yang tinggi. Kita juga perlu mengurangkan pengambilan susu pekat dalam hidangan kerana susu pekat mengandungi kadar gula yang tinggi. Gula ialah punca kerosakan gigi. Selain itu, gula yang berlebihan juga menyebabkan penyakit diabetes.
    

0 comments:

Post a Comment