RSS

活动卷


填字游戏


成语练习3


成语练习2


成语练习


                                                  
















MAKANAN BERKHASIAT HIDUP SIHAT


KOLEKSI CERITA ASAL USUL BINATANG


BACAAN LUAS


SUDUT BACAAN

Susu dan Panduan kepada Pengguna
Terdapat pelbagai jenis susu yang dijual di pasaran. Antaranya  termasuklah susu segar, susu tepung dan susu pekat. Susu segar ialah susu lembu yang telah diproses bagi memastikan susu tahan lebih lama. Biasanya susu segar dibungkus di dalam botol atau di dalam kotak.
      Susu tepung pula ialah susu cair yang dikeringkan sehingga berbentuk seperti tepung. Susu tepung  dirumus mengikut peringkat  usia dan untuk  tujuan tertentu. Oleh itu, lihat dan bacalah label pada tin atau peket susu sebelum membelinya.
      Susu pekat pula ialah susu yang disejatkan dan ditambah dengan kadar gula yang tinggi. Susu pekat biasanya dicampurkan dengan minuman lain seperti teh atau kopi untuk menyedapkan rasa minuman itu lagi.
      Kita digalakkan minum susu tepung atau susu segar dua gelas sehari. Hal ini demikian kerana susu tepung atau susu segar mengandungi zat-zat pemakanan yang tinggi. Kita juga perlu mengurangkan pengambilan susu pekat dalam hidangan kerana susu pekat mengandungi kadar gula yang tinggi. Gula ialah punca kerosakan gigi. Selain itu, gula yang berlebihan juga menyebabkan penyakit diabetes.
    

SUDUT BACAAN

Sayur-sayuran
Masyarakat kini semakin sedar tentang kepentingan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam menu makanan mereka. Pelbagai promosi telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk menggalakkan masyarakat makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kita disarankan mengambil dua hingga tiga sajian sayur-sayuran dan ulam setiap hari. Sayur-sayuran membekalkan kita dengan vitamin dan zat galian.
      Terdapat pelbagai jenis sayur, antaranya sayur-sayuran jenis pucuk. Daun ubi dan pucuk paku tergolong dalam sayur-sayuran jenis pucuk. Jika kita hendak memilih sayur-sayuran jenis ini, kita perlu memastikan sayur ini segar dan berwarna cerah.
      Selain itu, sayur-sayuran jenis akar pula adalah seperti kangkung, bayam, daun bawang dan sebagainya perlu dipilih dengan teliti. Hal ini kerana sayur-sayuran jenis ini mudah menjadi layu. Sayur-sayuran jenis akar yang masih segar akan terasa keras apabila ditekan. Sayur-sayuran ini mengandungi banyak air.
      Seterusnya ialah sayur-sayuran jenis kekacang, bunga, dan buah. Sayur-sayuran jenis kekacang seperti kacang panjang dan bendi dipilih dengan melihat warnanya yang cerah dan rangup apabila dipatahkan. Manakala sayur-sayuran jenis bunga dan buah pula perlu cantik bentuknya dan tidak berkedut pada kulitnya.
      Setiap jenis sayur mempunyai khasiat kepada kita. Jadi tidaklah rugi bagi kita untuk menambahkan menu harian kita dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Bawang Putih Bawang Merah Part 2 - 30/09/08

Bawang Putih Bawang Merah Part 1 - 30/09/08

BUKU RUJUKAN (2)


BUKU RUJUKAN (1)


Isikan tempat kosong berdasarkan gambar


Jawapan aktiviti -- Betulkan kesilapan ejaan dan tanda baca.

Jing Hong     :  Selamat pagi, nenek. Baru pulang dari pasar raya ?

Nenek          : Selamat pagi, Jing Hong. Ya, nenek baru pulang dari pasar raya.

Jing Hong     : Nenek beli apa?

Nenek          : Cuba teka, nenek beli apa ?

Jing Hong     : Buah tembikai, nek.

Nenek          : Tekaan Jing Hong kurang tepat . Ini buah belimbing. Nah, cubalah rasa !

Jing Hong     : Oh, manisnya buah ini !

Nenek          : Jing Hong perlu banyak makan buah-bauhan kerana banyak manfaatnya. Buah-buahan mengandungi vitamin dan baik untuk kesihatan.

Jing Hong     : Baiklah, nenek.

Nenek          : Simpan buah tembikai ini ke dalam peti sejuk. Jika telah disejukkan, tembikai ini lebih sedap dimakan.

Kemahiran Menulis -- Betulkan kesilapan

Jing Hong     :  Selamat pagi, nenek. Baru pulang dari pasaraya.

Nenek          :  Selamat pagi Jing Hong. ya nenek baru pulang dari pasaraya.

Jing Hong     :  Nenek beli apa.

Nenek          :  Cuba teka, nenek beli apa.

Jing Hong     :  Buah tembikai nenek.

Nenek          :  Tekaan Jing Hong kurang tepat. Ini buah belimbing. Nah, cubalah rasa.

Jing Hong     :  Oh, manisnya buah ini!

Nenek          :  Jing Hong perlu banyak makan buah-buahan kerana banyak manafaatnya. Buah-buahan 
mengandungi vitamin dan baik untuk kesihatan.

Jing Hong     :  Baiklah nenek.

Nenek          :  Simpan buah ternikai ini kedalam peti sejuk. Jika telah disejukan, temikai ini lebih sedap di makan.


Aktiviti 

1. Tulis teks sekali lagi dengan membetulkan kesilapan ejaan dan tanda baca.

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________
                     

Berikan pandangan

Jawapan :

Murid A   :   Apakah pandangan kamu tentang buah-buahan berkhasiat?

Murid B   :   Pada pendapat saya, kita patut makan buah-buahan tersebut.

Murid C   :   Ya, dengan makan buah-buahan kita dapat mengelakkan diri kita daripada serangan pennyakit. Buah-buahan mengandungi kandungan vitamin yang amat diperlukan oleh tubuh badan manusia.
                   
Murid B   :    Lebih baik lagi jika kita makan buah-buahan tempatan. Secara tidak langsung kita dapat membantu para petani di negara kita.

Murid A   :   Saya sokong pandangan kamu itu. Mulai pada hari ini, saya akan makan buah-buahan tempatan lebih banyak.
                 

Berikan pandangan tentang buah-buahan berkhasiat.


Apakah pandangan kamu tentang buah-buahan berkhasiat?

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

LATIHAN A -- ISIKAN TEMPAT KOSONG






Jawapan: 1. terdapat
               2. ditanam
               3. mengelakkan
               4. diserang
               5. didirikan
               6. memenuhi
               7. terpaksa
               8. bekalan